♥Followers♥

TiGa PeRkArA y SeLaLu DiInGiNkN oLeH sEoRaNg IsTeRi

Ingin anda selalu membelai dia

Seorang isteri sentiasa mahu dirinya di manjakan si suami tanpa mengira waktu dan tempat. Dia mahu hanya dirinya sahaja yang bertahta di hati anda. Dia mahu anda bangga bahawa anda memiliki isteri seperti dia. Dia mahu anda membela dan melindungi dirinya dari pelbagai ancaman dan bahaya.

Ingin anda memahami kehendak dia

Seorang isteri juga adalah seorang manusia di mana dia mempunyai kehendak dan impian. Sebagai seorang suami anda perlu faham kehendak isteri anda. Dia juga pasti mahu lakukan sesuatu  berdasarkan impiannya sejak dari kecil.

Anda perlu ambil tahu apakah impian isteri anda. Adakah dia ingin sambung belajar? Adakah dia ingin bekerja ? Adakah dia ingin lakukan sesuatu seperti mengejar cita – citanya? Anda perlu ambil tahu rancangan masa depan isteri anda. Sebagai suami, anda beri sokongan kepada isteri anda tanpa berbelah bahagi.

Ingin anda menganggap dia sebagai pasangan anda

Kadangkala anda sebagai suami terlupa untuk anggap isteri anda adalah pasangan anda. Walaupun anda seorang lelaki dan di gelar pemimpin rumah tangga, tidak semestinya semua perkara anda tahu dan apa yang anda lakukan adalah betul.  Anda perlu anggap isteri anda sebagai pasangan hidup anda dengan selalu meminta nasihat dari dirinya.

Anda perlu libatkan isteri anda apabila anda ingin membuat sesuatu keputusan. Apabila anda libatkan isteri anda, isteri anda akan rasa dirinya di hargai.

Ketiga – tiga perkara di atas adalah perkara yang paling di inginkan isteri anda. Tidak susah untuk anda menjaga isteri anda sebenarnya. Asalkan anda penuhi apa yang dia inginkan, insyaAllah dia akan layan anda dengan baik dan menjadi isteri yang anda mahu.

No comments: