♥Followers♥

cara memikat hati mertua!!!!!

ANDA sudah mantap menjalin hubungan dengan kekasih? Kini waktunya memikat hati calon mertua. Ada
beberap tips yang perlu anda lakukan agar keluarga kekasih menyukai anda.Seperti dikutip dari sheknows, ini tips memikat hati calon mertua:
 
Sopan santun
Adalah hal yang terpenting. Pertama, kenali kebiasaan keluarga pasangan anda, janga lupa berpakaian sopan.
Tak perlu terlihat kuno, asal rapi dan elegan. Tak ada salahnya untuk mencium tangan orang tuanya jika memang itu budaya yang berlaku dalam keluarga pasangan. Ucapkan 'Tolong', dan 'Terima kasih' di saat yang tepat. Bersikaplah ramah. Jangan terlalu tegang kerana anda justru akan tampak aneh

 
Memuji
Pujian tulus akan menghangatkan suasana. Makanan yang disajikan, penampilan ibunya, atau bakat muzik sang adik boleh jadi pujian. Namun ingat, lakukan dengan tulus, dan jangan berlebihan.
Bertanya
Jangan malu bertanya kerana merupakan tanda bahawa anda peduli dan ingin mengenal lebih jauh mengenai keluarga pasangan.
Tak ada salahnya untuk mengajukan soalan ringan seputar kegiatan pasangan anda semasa di rumah. Namun jangan terlalu mendalam, salah bertanya justru akan membuat anda kelihatan tidak sopan.
   
Tersenyum
Jangan lupa untuk tersenyum. Hal ini akan semakin memancarkan keramahan anda. Tersenyumlah dengan
tulus. Tunjukkan bahawa anda menikmati kebersamaan bersama keluarga pasangan.
Membantu

Tunjukkan bahawa anda adalah seseorang yang suka membantu. Ikut membereskan meja makan, menyajikan camilan dan minum, akan membuat calon ibu mertua anda terkesan.

 
Komunikasi
Meski pertemuan pertama sudah dilakukan, tapi jangan sampai putus komunikasi. Sesekali cubalah menelefon calon ibu mertua, atau mengajak adik perempuan pasangan untuk ke salon atau membeli-belah bersama akan semakin mendekatkan diri anda pada mereka. Anda juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk
dikenali dan mengenal.

Ulangi lagi
Jangan bosan untuk mengulang-ulang langkah-langkah di atas. Keluarga juga pasangan akan terkesaserta semakin menyanyangi anda.

No comments: