1. Jadi seorang yang kelakar
Orang
yang bersifat kelakar mudah untuk didekati kerana mereka lebih
didsenangi. Begitu juga di dalam perhubungan, ia dapat membantu untuk
meredakan situasi yang tegang, membantu untuk mengelakkan pertengkaran,
dan melupakan sebentar tekanan yang sedang dihadapi. Sekiranya kita
selalu serius, formal, cuba menunjukkan sifat kematangan yang terlampau
dan sebagainya, hubungan akan menjadi bosan dan menyebabkan jurang
komunikasi antara pasangan itu sendiri.
2. Ciuman
5. Jadi seorang yang gemarkan sejarah
Kenangan
manis atau pahit yang dilalui bersama pasangan perlu untuk diceritakan
semula untuk menunjukkan bahawa anda masih mengingati dirinya dan
sebagai tanda penghargaan kepada dirinya kerana setia menemani anda.
Setiap kali pasangan bercerita kembali mengenai sejarah yang telah
mereka lalui, pasti akan menimbulkan sesuatu perasaan yang sangat
positif dan dapat membantu untuk menambahkan lagi kemesraan di dalam
perhubungan itu.
6. Jadi seorang yang pemaaf
Setiap
yang dipanggil manusia pasti akan melakukan kesalahan dan anda perlu
sentiasa bersedia untuk memaafkannya. Kesukaran untuk memaafkan
seseorang akan mengeruhkan lagi perhubungan itu. Apabila anda sudah
memaafkan seseorang, jangan sesekali mengungkit kesalahan yang telah
mereka lakukan kerana ini akan membuatkan mereka berasa rendah diri dan
putus asa. Maaf dan lupakan kesalahan yang telah dilakukan. Dan
sebaiknya memberikan mereka semangat untuk meneruskan kehidupan dan
menasihati mereka untuk tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.
2 comments:
ok2 ok2.. :)
hahahahah....
Post a Comment